Saturday, 16 April 2016

(02) KURSUS SEHARI PERTANIAN BANDAR BAGI PESARA

GOMBAK - KURSUS SEHARI PERTANIAN BANDAR diadakan pada 16/04/2016 (Sabtu) anjuran JABATAN PERTANIAN GOMBAK bagi PESARA-PESARA DAERAH GOMBAK DAN DAERAH PETALINGKursus ini diinisiatifkan oleh Y.Bhg Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh - Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia.   Kursus seumpama ini akan  diperluaskan kepada PESARA-PESARA di Neger-Negeri.    

Kursus ini dimulakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 t.hari bertempat di Pejabat Pertanian Gombak.  Seramai 50 orang pesara telah mengambil peluang berkursus. Kursus ini bukan sahaja memberi pengalaman pertanian moden kepada pesara-pesara, tetapi juga untuk membantu para pesara   mengurangkan kos sara  hidup di samping menjadi terapi kesihatan.

Foto : Tan Sri Wan Mahmood Berucap 16/04/2016

Seramai 7 orang PESARA CDG dapat meluangkan masa untuk meghadiri kursus ini. PPKMCDG mengucapkan terima kasih kepada JABATAN PERTANIAN GOMBAK atas penganjuran kursus sehari ini. 

No comments:

Post a Comment