GOMBAK - MESYUARAT LUAR BIASA bagi PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA CAWANGAN DAERAH GOMBAK berlangsung hari ini 28/05/2016 (Sabtu) mulai jam 10.00 pagi - 12.00 tenghari bertempat di KOLEJ KOMUNITI SELAYANG.
Seramai 34 orang telah melapangkan waktu untuk hadir di mesyuarat ini.
Foto 1 : 28/05/2016
YAD Tan Sri Dato' Paduka Raja Bersama Pesara Daerah Gombak
Mesyuarat Agung Luar Biasa ini bertujuan memilih AJK Baru bagi Sesi 2016-2019 (3 Tahun).
Mesyuarat Agung Luar Biasa ini dirasmikan oleh YAD TAN SRI DATO' PADUKA RAJA DATO' HAJI WAN MAHMOOD BIN PAWAN TEH - Yang Dipertua (YDP) PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA Merangkap ORANG BESAR GOMBAK (SELANGOR).
Foto 2 : 28/05/2016
YAD Tan Sri Dato' Paduka Raja Dato' Hj Wan Mahmood Pawan Teh
Sedang Menyampaikan Ucapan
Perutusan YAD TAN SRI DATO' PADUKA RAJA antara lain memberi ingatan bahawa :
- Betapa penting dan perlunya para PESARA menyertai pertubuhan bukan kerajaan seperti PERSATUAN PESARA KERAJAAN MALAYSIA.
- Melalui persatuan, para PESARA bukan sahaja dapat memberi sumbangan kepada pihak kerajaan dan juga negara, tetapi dapat dimanfaatkan sumbangan itu untuk diri sendiri, keluarga, komuniti, dan persekitaran.
- Para PESARA boleh mendapat pelbagai bentuk skim perkhidmatan seperti bantuan, kebajikan dan motivasi untuk diri sendiri.
- Penglibatan dalam persatuan seumpama ini tentunya memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Dato' Che Johan bin Shamsuddin, Naib Yang Dipertua (YDP) Bahagian Negeri SELANGOR DE bagi memantau perjalanan mesyuarat yang dijalankan.
AHLI JAWATANKUASA (2016-2019)
- HJ MOHD YUNUS (010-228 6339)
- EN AZIZAN ABD RAHMAN (019-310 7431)
- Drs. WAN AMINUDDIN BIN WAN AB HAMID (012-280 3685)
- HJ MAKMOR MD YASSIN (013-356 0963)
- HJ ISMAIL SIDEK (016-675 4290)
- HJ BASRI OTHMAN (013-364 1928)
- HJH AZIZAH ABD HAMID (019-300 2058)
- HJH RAMNAH SUDIN (017-324 4512)
- DATO' JAMAL ABDULLAH (017-355 4018)
- EN AZIZAN AHMAD (019-309 9917)
- EN. SAHARI ABD HAMID (017-625 2383)
Foto 3 : 28/05/2016
Ahli Jawatankuasa Kerja Bersama YAD Tan Sri Dato' Paduka Raja
Dari Kiri Hadapan
(1) Hj. Makmor., (2) Drs. Wan Aminuddin., (3) Hj. Mohd Yunus., (4) Hj. Ismail., (5) Hj. Basri., (6) YAD Tan Sri Dato' Paduka Raja Dato' Hj. Wan Mahmood Pawan Teh., (7) En. Azizan Ahmad., (8) En Sahari., (9) Dato' Jamal., (10) Hjh Azizah., (11) Hjh Ramnah.
Kepada AHLI PPKM CAWANGAN DAERAH GOMBAK dan mana-mana PESARA yang berhasrat untuk menjadui AHLI - sila hubungi SETIAUSAHA KEHORMAT seperti maklumat berikut.
Drs. WAN AMINUDDIN BIN WAN AB HAMID., AMP.
Setiausaha Kehormat PPKM Cawangan Daerah Gombak
@Penolong Setiausaha Kehormat PPKM Bahagian Negeri Selangor DE.
HP : 012-280 3685 Emel : drswanamirzamp14@gmail.com